Perakam video HD yang mengujakan! Mana tidaknya, ia menawarkan memori terbina 32GB untuk rakaman sehingga 12 jam dan boleh beralih kepada memori SD secara automatik sekiranya memori terbina telah penuh. Nadi utama HF R18 iaitu sensor HD CMOS 2.39MP dan pemproses DIGIC DV III membantu memastikan rakaman jelas dan berkualiti sementara ciri zum optikal sehingga 20x pada lensa definisi tingginya menambah kuasa kamkoder ini.

HF R18 turut dilengkapi teknologi pengesan dan pencarian wajah yang secara automatik memilih fokus optimum dan pendedahan yang sesuai untuk wajah dalam gambar. Mod auto pintar, mod dinamik dan Snapshot pula pasti akan banyak memudahkan kerja-kerja merakam video HD pengguna di mana kebanyakannya dilakukan secara sendiri.
{ 1 trackback }