Cantikkan Firefox Anda Dengan Personas

May 16, 2010

PROMOSI TERBARU

Personas adalah berbeza dengan tema Firefox kerana ia tidak menukar perincian Firefox sedia ada seperti butang navigasi, menu dan toolbar. Sebaliknya ia hanya menukar Header dan Footer pelayar serta yang menariknya juga, anda boleh membina tema anda sendiri menerusi Personas.

Personas Plus

Jika anda terasa bosan dengan tema yang sama pada pelayar web Firefox anda, ini caranya. Personas dari Firefox merupakan tema pelayar mudah dipasang dan mudah digunakan yang akan memberi gaya baru melayari web setiap hari. Ia ditawarkan secara percuma dan boleh dipasang menerusi Add-Ons Firefox Personas Plus serta serasi semua platform komputer yang menyokong pelayar web popular ini.

Personas Plus
Setelah memasangnya, anda boleh mengakses ribuan tema pada galeri yang disediakan dan hanya klik untuk memuat turun tema tersebut, Ia boleh diubah pada bila-bila masa menerusi tetapan yang disediakan pada bahagian penjuru kiri bawah pelayar.

P/S: Nantikan tutorial bagaimana membina tema sendiri untuk Firefox anda.

Apps / Aplikasi lain yang menarik:

{ 5 comments… read them below or add one }

Syafrizal May 16, 2010 at 6:45 pm

Personas memang banyak design. Nak apa cakap la. Semua ada.
Cuma sapa2 nak lagi personal kene buat sendiri la pastu letak kat website ni. :)
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 7:27 pm

Tahu takpa, sampai dah tak larat nak memilih. Dah banyak yang aku cuba, memang menariklah. Nak lagi menarik, boleh design sendiri. :)

Reply

Syafrizal May 16, 2010 at 11:49 pm

Haha tu la pasal… hari tu aku suka2 la tukar. Tapi skrg macam boring la plak.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Ayie April 4, 2011 at 12:03 am

Aku haraplah sangat bahawa ada orang Malaysia mampu buat browser sendiri

Reply

Mohd Isa April 4, 2011 at 7:23 am

@Ayie, boleh nak buat…tp maklumlah…org malaysia ni pandang keuntungan je dahulu…:)

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: