Ini mungkin berita baik untuk pemilik telefon pintar (smartphone) BlackBerry yang mempunyai lebih dari satu akaun Twitter. Research in Motion (RIM) telah melepaskan versi terbaru Twitter untuk BlackBerry iaitu versi 2.1.0.27 yang membenarkan anda membuka lebih daripada satu akaun Twitter sekaligus. Maka anda tidak perlu lagi login dan sign out beberapa kali untuk menggunakan akaun yang berbeza.
Jika dahula anda perlu sign out dahulu untuk menggunakan akaun Twitter yang lain, kini anda tidak perlu lagi berbuat demikian. Untuk menambah atau menggunakan akaun Twitter yang lain, anda hanya perlu klik butang alt+space. Selain itu juga, terdapat kelebihan lain pada versi 2.1 ini iaitu anda boleh berkongsi sebarang update melalui BlackBerry Messenger (BBM).
Pastinya Twitter 2.1 ini lebih menarik dengan anda boleh menggunakan pelbagai akaun sekaligus. Untuk mendapatkan versi terbaru ini anda bolehlah mendapatkan ia di BlackBerry App World yang telah tersedia 24jam yang lalu. Untuk menggunakan aplikasi ini, BlackBerry anda perlu menggunakanan sistem operasi BlackBerry 5 atau ke atas.
{ 1 comment… read it below or add one }
lagi prefer socialscope dari twitter for bb.