Berita baik buat peminat Dell Alienware M11x atau mereka yang bercadang-cadang untuk mendapatkan komputer permainan 11 inci ini. Kini anda mempunyai pilihan untuk menambah kuasa komputer menerusi pemproses Intel Core i7 atau Intel Core i5 bersama teknologi NVIDIA Optimus bagi pengalaman permainan mudah alih definisi tinggi mengagumkan.

Intel Turbo Boost akan membantu pemecutan disaat penting permainan sementara pemprosesnya boleh ‘over-clock’ melebihi spesifikasi standard. Nvidia GeForce GT 335M yang dibina menerusi teknologi Nvidia PhysX pula menyediakan 1GB diskret dan kecekapan grafik HD agar anda mendapat paparan realistik pada resolusi 720p dan gerakan 30 bingkai sesaat. Teknologi Nvidia Optimus direka untuk bertukar secara dinamik anatara HD Graphic Media Accelerator kepada grafik Nvidia apabila terdapat permintaan tinggi kecekapan aplikasi visual.
{ 6 comments… read them below or add one }
Mahal woooo heheheh
@Syafrizal,tahu takpa, paling kurang pun mesti ada 3k dalam tangan. hehe
@Mohd Isa,kalau 3k boleh beli PC desktop power 2 biji haha
@Syafrizal,tapi takkan nak bawa desktop g merata kot. hehe
@Mohd Isa,nak citer 3k tu boleh buat macam2 tu je hehe
@Syafrizal,haha…tu la pasal…makan tak abis kot sebulan…
{ 1 trackback }