Boleh didapati dalam tiga pilihan warna elegan iaitu perak, emas dan merah, Dell Vostro 3500 pula merupakan komputer riba bisnes 15 inci bebanding Vostro 3300 13.3 inci sahaja. Dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5 dan menyokong sehingga 8GB memori DDR3.

Vostro 3500 dengan kuasa tahan lama menerusi pilihan bateri 9 selnya, kuasa bateri ini juga memungkinkan pengguna untuk sembang talian atau melakukan persidangan video secara wayarles di mana jua dengan ciri tambahan WiFi, kamera web dan mikrofon terbina.
Dell juga terus menawarkan perlindungan tambahan kepada komputer keluaran mereka dengan ciri Strike Zone iaitu penyerap kejutan komputer daripada jatuh atau impak, serta sekuriti cap jari untuk perlindungan akses data yang hanya membenarkan pengguna dengan cap jari tertentu sahaja boleh mengaksesnya.