Pasti sudah ramai yang mengetahui mengenai produk media sosial terbaru dari Google iaitu Google Plus. Kini ianya boleh didapati di Android bagi memudahkan untuk bersosial di Google Plus.

Pengguna boleh mengakses pelbagai fungsi seperti Stream yang boleh melihat status rakan-rakan anda, Circles yang membolehkan anda mengrupkan rakan Google Plus anda berdasarkan kumpulan dan juga Huddle yang membolehkan anda berkomunikasi dengan ramai rakan pada satu masa.
Selain itu juga, anda boleh terus memuat naik gambar yang dirakan dengan telefon kepada Google Plus dengan fungsi muatan naik segera. Aplikasi ini boleh digunakan pada telefon Android yang mempunyai sistem operasi versi 2.1 dan ke atas.