Kamera Digital Kompak LUMIX DMC-TZ10

May 16, 2010

PROMOSI TERBARU

TZ10 boleh dikelaskan sebagai kamera digital kompak berkuasa kerana menawarkan pelbagai ciri menarik. Antaranya lensa Leica DC Vario Elmar 25mm dengan keupayaan 12x zum optikal, dilengkapi GPS terbina dan menawarkan teknologi resolusi pintar khas Panasonic.

Ia turut dikuasakan enjin Venus HD II yang digabungkan bersama resolusi pintar mampu mengesan bahagian tepi subjek dan mengubah jalinan atau gradasi bagi peningkatan ketajaman seragam, sekaligus menghasilkan imej lebih baik.

Skrin LCD besar 3 incinya pula menawarkan sudut paparan yang sesuai untuk tayangan semula, sementara CCD 14.5 megapiksel TZ10 mampu memberi rakaman resolusi sehingga 12.1 megapiksel untuk imej jelas dan menarik. Anda juga boleh mencuba mod aspek pelbagai yang membenarkan rakaman tiga aspek pada satu masa di mana anda kemudiannya boleh memilih aspek paling sesuai dengan rakaman tersebut.

Apps / Aplikasi lain yang menarik:

{ 1 comment… read it below or add one }

Syafrizal May 17, 2010 at 12:17 am

Makin lama makin canggih Digital Camera biasa dengan DSLR. Tak terikut aku dan tak faham haha.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: