Pemacu keadaan pepejal, Kingston SSDNow V+ generasi kedua ini mempuunyai sokongan Windows 7 TRIM dan kapasiti sehingga 512GB. Ia dikatakan lebih laju dan cekap berbanding generasi sebelumnya dan turut didatangkan dalan berkas (bundle) termasuk perisian klon, penutup USB 2.5 inci, pendakap 2.5 -3.5 inci, data SATA dan power cable.

Menggunakan PCMark Vantage 1.0.1 untuk Windows 7, beberapa siri ujian dijalankan terhadap masa mula sistem operasi, mengimport foto dan muatan muzik ke pusat media windows. SSDNow V+ ini berjaya mencapai 28,264 markah, iaitu capaian mampan berbanding pemacu 7200RPM.
{ 2 comments… read them below or add one }
Lambat laun akan menggantikan teknologi hard disk sekarang.
Syafrizal :tak boleh juga, sebab hard disk lebih tahan lama daripada flash memori. cas transistor dalam flash memori akan berkurangan bila proses read and write yg kita jalankan. sebab itu pendrive yg kita guna akan rosak dalam beberapa jangkamasa.
{ 2 trackbacks }