Lenovo C200 Semua Dalam Satu Bersaiz Nipis

August 11, 2010

PROMOSI TERBARU

Jatuh cinta bila kali pertama melihatnya kerana Lenovo C200 memang menarik. Ia merupakan komputer meja semua dalam satu bersaiz nipis dan kompak, dengan kemasan rangka dua tona warna serta boleh dimuatkan di mana-mana bahagian rumah dengan mudah.

Lenovo C200
Semuanya terdapat pada satu tempat seperti unit CPU, speker, skrin, kamera web, mikrofon dan juga pemain DVD. Padankan dengan kekunci dan titikus tanpa wayar, maka anda sudah perolehi ruang kerja yang cukup kemas.

Selain Lenovo C200 juga turut direka dengan ciri mesra pengguna seperti menawarkan pemasangan dan penggunaan mudah, skrin sentuh tunggal, WiFi, indikator status komputer, port sisi dan kunci khas untuk membuka atau memadamkan komputer dengan pantas. Paparan pula jelas menerusi skrin sinematik 16:9 serta sokongan grafik HD 720p dengan harga RM1,499.

Apps / Aplikasi lain yang menarik:

Leave a Comment

Previous post:

Next post: