Sebuah lagi model Cookie selain LG Cookie 3G yang dikenalkan oleh LG, LG Cookie Plus direka khusus untuk sambungan rangkaian sosial yang turut menyokong muat turun, aplikasi berjalan, email masa sebenar dan pelayaran laman web terus dari peranti.

Terdapat beberapa siri UI gaya kartun yang menyeronokkan, pilihan 18 tema berwarna dan keupayaan memasang widget aplikasi popular seperti Facebook, Twitter, carian eBay dan sebagainya. Screenshot MMS juga boleh diedit agar anda dapat meluaskan kreativiti menerusi ciri ‘rakam-edit-hantar’.
Anda boleh menambah, menulis atau melukis pada screenshot serta foto sebelum berkongsinya. Bersedia juga untuk berseronok dengan kamera 3 megapiksel zum digitalnya kerana ia boleh dipadankan dengan Studio Fun Muvee LG. Hasilkan kandungan multimedia yang lebih menarik lagi. Semua ini dengan hanya RM699.