Logitech Harmony 1100 Hiburan Di Hujung Jari

August 26, 2010

PROMOSI TERBARU

Ucapkan selamat tinggal kepada persoalan tentang bagaimana menggunakan sistem hiburan kediaman kerana Harmony 1100 daripada Logitech direka untuk ini. Ia merupakan alat kawalan jauh universal dengan skrin sentuh penuh 3.5 inci bagi memudahkan anda mengawal hiburan di hujung jari.

Logitech Harmony 1100
Dengan satu sentuhan dan perisian Harmony terbaru, anda boleh memilih arahan yyang paling banyak digunakan dan menetapkan ia di skrin utama. Misalnya anda suka menonton video dan selalu menggunakan butang PLAY dan STOP.

Maka anda boleh mengarahkan Harmony menempatkan ciri ini terus di skrin utama setiap kali anda menonton muvi. Ia juga menawarkan perincian mudah agar anda memahami penggunaannya dan boleh mengawal peralatan-peralatan hiburan anda dari satu tempat.

Apps / Aplikasi lain yang menarik:

{ 1 comment… read it below or add one }

baloot October 15, 2010 at 2:56 pm

berapa harga harmony ni? hehe..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: