Jika Nokia C3 untuk pencinta rangkaian sosial, maka Nokia X2 pula untuk pencinta muzik! Nokia X2 dilengkapi pemain muzik, radio FM dengan teknologi RDS dan dua speker stereo berkuasa anda boleh mendengar muzik secara lantang. Ia juga menawarkan akses kepada jutaan lagu percuma yang boleh dimuat turun menerusi Ovi Store agar anda tidak jemu dengan muzik sama setiap masa.

Nokia X2 juga dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel dengan keupayaan 4 kali zum memastikan anda tidak terlepas merakam saat-saat penting dalam hidup anda. Sementara flashnya bertindak sebagai alternatif lampu suluh. Diperbuat daripada bahan premium dengan ciri moden dan elegen serta boleh didapati dalam dua warna asas hitam dan perak.