C3 dikatakan telefon bimbit pertama membawakan kekunci QWERTY penuh pada telefon bimbit berasakan platform Siri 40 dan akses kepada laman sosial terus daripada skrin utama. Pengguna boleh melihat, menulis komen, mengemaskini status dan berkongsi foto rangkaian sosial kegemaran seperti Facebook dan Twitter dengan mudah apabila mengendali telefon bimbit ini. - Baca lagi
Motorola membawakan kuasa Android 2.1 ke Malaysia dengan memperkenalkan Milestone, telefon Android ternipis yang dilengkapi kekunci QWERTY serta skrin 3.7 inci resolusi tinggi sensitif sentuhan. Pengguna boleh menjalankan beberapa aplikasi lain pada satu masa di samping GPS MOTONAV dan aplikasi Google terbina membolehkan pengguna menavigasi jalan serta melakukan lebih banyak tugasan secara mobil. - Baca lagi
Perakam video HD yang mengujakan! Mana tidaknya, ia menawarkan memori terbina 32GB untuk rakaman sehingga 12 jam dan boleh beralih kepada memori SD secara automatik sekiranya memori terbina telah penuh. Nadi utama HF R18 iaitu sensor HD CMOS 2.39MP dan pemproses DIGIC DV III membantu memastikan rakaman jelas dan berkualiti sementara ciri zum optikal sehingga 20x pada lensa definisi tingginya menambah kuasa kamkoder ini. - Baca lagi
Didatangkan dalam pilihan warna menarik FS306 bukan sahaja sesuai untuk projek kreatif, percutian atau rakaman imej, malah ideal untuk sesetengah rakaman profesional. Ia dilengkapi CCD 1/6 inci, merakam format MPEG2 standard dengan audio stereo, mampu merakam imej pegun pada resolusi 1024×768 dan keupayaan zum 41x dimajukan. - Baca lagi
20 Julai 2010 yang lalu, genaplah usia domain KotakMinda.com walaupun banyak dugaan yang dihadapi bagi membangunkan blog yang membawa informasi teknologi dan gajet. Dalam masa setahun, banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. - Baca lagi
Set desktop ini menggabungkan tetikus dan papan kekunci wayarles dari A4-Tech yang beroperasi pada 2.4GHz serta jarak capaian sehingga 15 meter. Ia memiliki kekunci bernombor unik yang bertindak sebagai tetikus mengikut tetapan nombor tertentu, sementara kedua-duanya turut menawarkan empat kali kelajuan ultra pada tiga tahap lebar jalur, sesuai untuk kepantasan kelas permainan komputer. - Baca lagi
Kecil dan berwarna menarik. Kombinasi yang cukup baik untuk diserasikan bersama Netbook yang semakin popular akhir ini. G7-300 merupakan tetikus tanpa wayar nano mini yang beroperasi pada frekuensi 2.4GHz dengan jarak capaian sehingga 15 meter. - Baca lagi
TZ10 boleh dikelaskan sebagai kamera digital kompak berkuasa kerana menawarkan pelbagai ciri menarik. Antaranya lensa Leica DC Vario Elmar 25mm dengan keupayaan 12x zum optikal, dilengkapi GPS terbina dan menawarkan teknologi resolusi pintar khas Panasonic. - Baca lagi
Personas adalah berbeza dengan tema Firefox kerana ia tidak menukar perincian Firefox sedia ada seperti butang navigasi, menu dan toolbar. Sebaliknya ia hanya menukar Header dan Footer pelayar serta yang menariknya juga, anda boleh membina tema anda sendiri menerusi Personas. - Baca lagi
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada pembaca dan pengikut Kotak Minda sekalian. Pertama sekali saya ingin memohon maaf ke atas segala kesulitan yang berlaku ketika anda cuba memasuki blog ini dalam beberapa hari sebelum ini. - Baca lagi