Pembangunan Semula Kotak Minda

May 15, 2010

PROMOSI TERBARU

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada pembaca dan pengikut Kotak Minda sekalian. Pertama sekali saya ingin memohon maaf ke atas segala kesulitan yang berlaku ketika anda cuba memasuki blog ini dalam beberapa hari sebelum ini.

Ini disebabkan beberapa masalah yang berlaku melibatkan hosting yang digunakan untuk blog Kotak Minda ini. Hosting yang digunakan sebelum ini telah di suspended oleh pihak provider atas sebab-sebab yang tidak jelas walaupun langganan hosting tersebut belum tamat tempoh.

Oleh yang demikian, pihak Kotak Minda telah membuat keputusan untuk berpindah ke hosting baru dengan kerjasama daripada pemilik blog Denaihati iaitu saudara Ilham kerana sudi menaja hosting baru untuk Kotak Minda. Terima kasih juga diucapkan kepada Kak Jie kerasa sudi memberi sedikit sumbangan semasa proses pemindahan Kotak Minda dan beberapa projek lain.

Buat masa ini, pihak Kotak Minda masih berusaha untuk mendapatkan backup files dari pihak hosting sebelum ini. Terutama semua artikel dan komen sebelum ini untuk dimasukkan semula ke blog ini. Sehubungan dengan pemindahan Kotak Minda ini, pihak kami terpaksa melakukan beberapa perubahan ke atas Kotak Minda terutama tema untuk blog. Kerana tema sebelum ini tidak dapat diselamatkan.

Selain itu, pihak Kotak Minda juga akan melakukan perubahan di mana bukan sahaja artikel mengenai gajet dan teknologi sahaja. Pihak Kotak Minda juga akan kongsikan beberapa artikel berkenaan blogging, tutorial, tips dan artikel-artikel yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa.

Oleh yang demikian, pihak Kotak Minda ingin menjemput dan mengalu-alukan kepada pembaca untuk melanggan Feed RSS atau melalui Email untuk terus mendapatkan info terkini daripada Kotak Minda. Selain daripada itu, bagi yang mempunyai akaun Twitter bolehlah mengikuti Twitter saudara Mohd Isa.

Nota: Kepada yang berminat untuk menjadi penulis di Kotak Minda, boleh hantarkan permohonan anda di Contact.

Apps / Aplikasi lain yang menarik:

{ 4 comments… read them below or add one }

Syafrizal May 16, 2010 at 6:46 pm

Kene letak plugin backup kat blog ni jugak le hehe
bersedia sebelum terjadi apa2.
.-= Syafrizal´s last blog ..Backup blog Wordpress anda dengan WP-DB-Backup =-.

Reply

Mohd Isa May 16, 2010 at 7:29 pm

Tahu takpa, kena wat backup kat semua blog lah senang citer. :)

Reply

Syafrizal May 16, 2010 at 11:50 pm

Hehe tu la pasal. Risau gak aku.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.

Reply

Mohd Isa July 22, 2010 at 9:50 am

@Syafrizal,test for reply. :)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Next post: