Bagi pengguna smartphone Windows Phone 7, anda boleh mengawal persembahan slaid PowerPoint dengan mudah melalui bantuan aplikasi Presenter.
Tapi sebelum anda menggunakan aplikasi Presenter ini, anda perlu muat turun dan memasang aplikasi hos untuk komputer anda terlebih dahulu. Paparan UI yang mudah ini terasa lebih fleksibel dan praktikal kerana kawalan persembahan boleh dilaksanakan dengan sambungan WiFi, 3G dan juga sambungan baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi iaitu Bluetooth.
Aplikasi Presenter Untuk Windows Phone

USD2.99
Kategori: Perniagaan
Versi: 1.3.0.0
Saiz: 1.0 MB
Bahasa: English
Pembangun: SmartShare