Kecil dan berwarna menarik. Kombinasi yang cukup baik untuk diserasikan bersama Netbook yang semakin popular akhir ini. G7-300 merupakan tetikus tanpa wayar nano mini yang beroperasi pada frekuensi 2.4GHz dengan jarak capaian sehingga 15 meter.
Ia boleh mencapai 4x kelajuan transmisi ultra tinggi dengan tiga lebar jalur iaitu 125, 250, dan 500Hz agar pengguna mendapat respon pantas bagi setiap pergerakan tetikus. Pengguna boleh memilih dan menetapkan lapan fungsi pilihan pada satu butang khas manakala indikator bateri akan memaklumkan status bateri yang masih ada.
Selain itu, penggunaan dan penyimpanan adalah mudah menerusi penerima isyarat Nano kecil, di mana pengguna boleh terus pasang pada komputer dengan kemas tanpa perlus menanggalkannya.
{ 1 comment… read it below or add one }
Macam best je mouse ni. Wireless aku tak pernah guna lagi.
Selalu nya A4 Tech lagi murah dari brand lain.
.-= Syafrizal´s last blog ..Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader =-.
{ 2 trackbacks }